Monday, February 28, 2011

Join Bloglist Ujang9897


tengok vespa tu ... klasik kan ... bila tengok vespa tu teringat kat arwah abah aku ..dia sangat suka ngan motor vespa... huk huk ..

tapi kali nie aku bukan nak cerita pasal arwah abah ... dan bukan nak cerita pasal vespa nie ... aku nak cerita pasal tuan punya vespa Ujang9897 .. siapa ujang9897 tu?... ha kalu nak tau jom la jengah blog dia ..kat UJANG9897


dan sape sape yang nak join klik SINI   moh la kita ramai ramai

resepi ketupat sotong

bangun jek pagi tadi terasa nak makan ketupat sotong ..dah lama nak makan ..tapi disebabkan aku buzy tahap ultramen taro ... tak sempat nak buat ... tapi hari nie aku usahakn jugak nak masak ketupat sotong  dan akhirnye ... inilah hasilnye ... sungguh yummy ........

Bahan-bahan ( 10 ekor )

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula. 
 tadaaa....ini lah hasil nye ....yummmyyyy


p/s - ketupat sotong nie makanan tradisi orang kelantan .... rasanya manis ..macam orang kelantan yang manis manis ... 

Friday, February 25, 2011

SUSAH SANGAT KE NAK SENYUM

Pagi pagi lagi aku dah buat dosa kering ..hahahahah mengumpat tuan kedai runcit kat umah aku tu.. Alkisahnye pagi tadi  pergi beli roti kat kedai tu ..Alahai muka makcik tu ...masam mencuka .. tak mesra alam langsung.. ore kelate kata "keruh" je muka  senyum la sikit makcik oii ....

tak best kan kalau kita tengok orang yang bermuka masam cam nie ...lepas ni tak moo pergi lagi lah kedai tu ...

picture : -credit to ann taj

 
cuba lah makcik tuan kedai tu senyum cam nie .... mesti ramai customer dia datang







atau macam nie ..mesti lagi ramai yang datang kat kedai dia

Thursday, February 24, 2011

KASUT MAKAN TUAN

petua orang dulu dulu ...


kalau beli kasut baru kita kena gigit gigit dulu kasut tu ...kalau tak nanti dia gigit kita balik.

hahaha.korang percaya tak dengan petua nie? alkisahnye ..kaki aku dah melecet sebab pakai kasut  ... masa beli hari tu aku terus pakai ..tak gigit dulu ...ishhh tak kan nak gigit dulu  sebelum pakai ... nanti orang ingat aku tak cukup makan pulak ...

picture : credit to Mr google


p/s - next time kalau beli kasut nak gigit dulu lah ...

RAHSIA BULAN KELAHIRAN KU - APRIL


ni pakcik aku yang kata tau ..bukan aku ... meh kita check betol ke tak ...

pakcik aku kata :-

1) Aku sangat aktif dan Dinamik(Aku setuju sangat dengan pakcik aku nie ... aku memang seorang yang aktif dynamic tu ada la sikit sikit kot)

2) Cepat Bertindak dalam membuat keputusan tetapi cepat menyesal (dulu ada orang ajak aku buat MLM ..aku tak fikir panjang terus je join ..last last melayang 20K ..betul la pakcik aku tu cakap)

3) Sangat menarik dan pandai jaga diri ( yang pandai jaga diri tu betol la ..menarik ke ? ahaks ..malu i tau )

4) Punya Daya Mental yang kuat ( Kuat la jugak daya mental aku kot ..kalau tak tak kan la aku leh masuk u)

5) Suka di beri perhatian (yes !! aku suka orang beri perhatian kat aku ..terutamanye laki aku )

6) saangat diplomatik pandai memujuk (Pandai ke ..ishhh tak kot ...aku tak reti nak pujuk pujuk orang ni)

7) Berkawan dan pandai menyelasaikan masalah orang (  yang nie aku tak leh nak jawab ..kena kawan kawan aku yang jawab..mungkin ya kot) 

8) Sangat berani dan tiada perasaan takut ( mungkin ya ... sebab aku pernah drive sorang KL -Kota Bharu Sorang sorang ..sampai KB mak aku cakap ...berani budak ni kelik sorang)

9) Suka perkara perkara yang mencabar ,pengasih , penyayang, sopan santun, dan pemurah ..( yang lain tu betol tapi bab sopan santun tu tak berapa nak betol kot..sopan ke aku)

10) Emosi cepat terusik ( ye ke? )

11) Cuba kawal perasan  (try jugak ..tapi kalu tak leh tahan meletop jugakkk)

12) Kecenderungan bersifat pendendam ( ishhh ..tak de lah..tak betol nie)

13) Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan ( kelam kabut ke? )

14) Kuat daya ingatan

15) Gerak Hati yang kuat

16) Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

17) Berpenyakit disekitar kepala dan dada ( alhamdulillah ... aku sihat lagi)

18) Sangat cemburu dan terlalu cemburu ( yang ni laki aku kena jawab .....  tak ko aku ok jek)















Monday, February 21, 2011

sedap sangat ke merokok

sedap sangat ke merokok ? isshhh eyna ..statement ko ...bikin orang panas hati nie ... statement nie untuk kaum HAWA okes.. kalau kaum ADAM yang merokok tak de lah aku nak heran sangat ... sebab perempuan la aku nak tanya ...sedap ke?

Semalam my shop dikunjungi oleh dua orang budak perempuan ...Girl okey.. budak lagi dalam lingkungan umur belasan tahun ... budak sekolah lagi ...tengok muka pun aku dah tahu budak sekolah.(apa masalah budak tu datang kedai ko ...dah engko bukak kedai buat apa ? mesti nak suruh orang datang kan? )  Dengan selambanye dua ekor  orang budak tu hisap rokok kat my shop ... dah macam perempuan jalang dah aku tengok ... kalo adik aku dah lama dah kena penampar ..

nak je rasenye aku sound budak tu ...tapi tak leh la sebab anak orang ... karang kan dtg mak bapak dia sape nak jawab ... tak pun nanti diorang yang sound aku balik ... (korang tahu la budak budak zaman sekarang cam ner ..bukan macam zaman kita dulu)

so aku pun ambik pendekatan lain ... tegur cara berhemat ... " DIK KAT DALAM KEDAI NIE TAK LEH MEROKOK YA !" sambil tunjukkan sign dilarang merokok kat diorang ..

mungkin sebab malu dah kena tegur ..terus diorang blah ...

gambar ini tiada kaitan dengan budak semalam - credit to mr google




p/s - takut dengan budak budak zaman sekarang... apa nak jadi?

Sunday, February 20, 2011

JANGAN GUNA PERKATAAN SALAM

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"   saya terjumpa entry ni kat wall Facebook kawan saya.. rasanye nak kongsi dengan kawan kawan blogger semua ...jom kita renung renungkan sambil beramal ..




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

 


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”  (alamak..aku selalu cakap cam nie)

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. 
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

faceblog

wahhhh ....  facebook baru ...ke tu ? color pink lagi ..bukan la... ni Face Blog .. jom la join ramai ramai





dinner TUNE TALK - tekak aku biasa makan nasi ulam budu ... mana boleh telan makanan nie ...

semalam aku p dinner TUNE TALK kat Sunway Convention Center. Aku sebenarnye tak berapa nak gie dah ..al maklumlah ..dinner untuk chinese new year ...makanan yang di hidang mestilah chinese food .. laki aku awal awal lagi dah surrender ..suruh aku pergi ... "tak berapa boleh nak telan la" katanye ... hampeh ... tapi disebab kan AE aku sendiri yang datang jemput ... segan la pulak kalau tak pergi ..kan susah pulak nak "bodeks" next time ... so aku pun pergi lah ...
seperti yang dijangka kan ..memang chinese food ... ssetengah jam pertama dah boleh lihat beberapa orang melayu yang angkat punggung keluar dari dewan ... mungkin tekak diorang tak boleh nak masuk kot ... tambah tambah nak kena makan dengan benda alah nie

al maklum lah aku bukannye biasa sgt guna benda alah nie ... tak kenyang lor ... makan ngan jari jemariku yang gebu ni lagi best ... kenyang ...tapi tak kan aku nak makan pakai tangan kot ..control beb control ...eyna ko jangan wat perangai nak makan dengan tangan pulak .... malu kat orang

 Chinese tea ..yang langsung tak de gula ...( aku biasa minum teh + susu ..lagi sedap )



Golden opulence Lucky Smoked Salmon & Jelly Fish Yee Sang (orang cina panggil yee sang)



Braised Shark's Fin Soup eith Crabmeat Topped Fish Roe  (yang mi jek kena dengan tekak aku)

Oven baked sesame Chicked Topped with King Prawn Cracker  (yang ni langsung aku tak leh telan ..semacam jek rasa ..)

 Steam Red Mulled with Beancurd ribbon & Clouol Fangus (ikan nie ok la sikit ..walau pun tak de rasa)


Wok Baked Live Tiger Prawn with Szechuan Souce.. (yang nie pun ok )


 Strew Fresh Beancurd Topped with "Fatt Choi" Dried Oyster .. (aku makan sayur jek)

 Fragrant lotus Leaf Steamed Rice with almond Flake ( semacam jek rupa nasi nie ... aku tak makan pun)


Chilled Fruits Cocktail in Lemon Flavour

 Deep Fried Yam Ni Cao (sejenis kuih..)








ini adalah antara makanan yang di hidangkan ... totally langsung tak sedap .... hampeh ... geli tekak aku makan ... tekak aku biasa makan nasi lemakkkkkkkkkk, ...tekak aku biasa makan nasi ulam cicah budu ...mana biasa makan benda nie semua ... aku makan pun tak banyak ..amik sikit sikit jek ..geli tekak weh ..

walaupun makanan tak berapa nak sedap ... tapi berbaloi gak aku pergi semalam ... sebab aku dah menang lucky draw .... KLIK SINI

p/s - kalau aku dibeli pilihan ... makan free macam nie ... dengan aku kena keluar duit belanja korang makan kat tmpt lain ...aku lebih rela keluar duit dari makan free ...

Saturday, February 19, 2011

SAYA SEORANG BLOGER YANG AKTIF

alamak .... gambar brader Macho nie lagi .... ala.. korang paham paham la ...kalau aku dah letak gambar brader BEN ni maknanye aku dah join segmen BEN ASHAARI la  ..apa lagi jom la kita join ramai ramai..

tarikh tutup malam nie ... cepat... cepat... cepat ...

amoi ..u memang ada ong la

"Amoi you memang ada onng la" ... teringat kata kata "aso" semalam .. tahun nie agaknye tahun bertuah aku kot ... bulan lepas menang peti sejuk dari dunhill .... semalam masa dinner Tune Talk kat Sunway PIramid Convensition Centre .. dapat pulak lucky draw ...horeeeyyyyyyy
semalam aku dapat lucky draw AIR ASIA E-VOUCER ..bernilai RM 200.00 dapat la naik air asia free.. tapi aku nak beli tiket pergi mana ya ?  

nombor lucky draw aku semalam 230

Hoyeeeyyy  dapat ....ada ong la nombor tu


tadaaaaaaa..... dapat voucer AIR ASIA RM200.00



Friday, February 18, 2011

sehari tak on line ...macam stahun rasa

mula mula aku nak lap dulu habuk habuk kat blog aku nie ..huhhhh ..dah berhabuk dah ..baru semalam tak online ... buzyyy .. aku buzy tahap ultraman taro ... sampai tak sempat nak buka blog ..semalam seharian aku keluar ... balik dah penat ...memang tak larat ..so apa lagi ... balik rumah ...terus zzzzzzzz sambil menternak daging daging ...dan lemak lemak ...

hari nie bila check shoutbox memang banyak komen komen yang kawan kawan tinggalkan ...sabar yea korang .... eyna akan jejak korang semula ....


pagi pagi nie rasa laparlah pulak ... nak makan apa ya? korang dah makan dah ?

Wednesday, February 16, 2011

drebar kereta sewa

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Fasha menah...an teksi untuk menghantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, di dalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."
 

sumber : majalah ujang


RESEPI KUIH PUTERI AYU

Hari nie eyna azmi nak kongsi resepi kuih puteri ayu dengan korang semua ... ok ..ambik pen dan kertas salin ni ...

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. 
   tadaaaaaa...dah siap ... yummmy ....


kuih puteri ayu ..





plus 




white cofee



menu minum petang untuk petang nie .... 


kalau korang tak de masa nak masak kuih puteri ayu nie ... korang beli jek yang segera .... cam nie 


tadaaaaaa...senang kan ...masuk dalam bekas .... kukus ... tunggu untuk ngap jek ..


sambil sambil tunggu puteri ayu ni masak .... moh la kita Blog Walking dulu ....






p/s - HAMPEH ...ingatkan masak sendiri ...

Tuesday, February 15, 2011

CIKGU SHIDA OH CIKGU SHIDA

semalam jenjalan kat lekat lekit gurl story  ... hahaha gelak guling guling aku baca nie ..cikgu shida ..oh Cikgu shida ... disebabkan kemaruk sangat nak kan tiket maher zain ,,tengok apa yang dah cikgu shida buat ...


di sebabkan nak sangat tiket maher zain tu ..cikgu shida pun masuklah contest nie ...

mungkin disebabkan dia nak raih undian dari fan ...dia pun start meroyan ...men unfriend  @ remove fan dia ..yang tak undi dia







hahaha..maher zain punya pasal ...sanggup cik shida remove fan dia ......


p/s - credit to lekat lekit girl story

saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS

korang tengok banner  tu .. tengok betol betol ... haaaaa kali nie aku sertai segmen bro BEN ASHAARI sekali lagi ... semalam aku betol betol frust tau sebab tak leh nak join ... semalam bro BEN buat yang follower 100 kebawah jek ...so sape sape yang follower 200 -500  tu apa lagi ... meh la join  sama sama ... tarikh tutup malam nie ... cepat cepat cepat

kalau betul HANTU jangan la tunjukkan muka ..

dah pukul 2.00 pagi... mata pulak tak leh nak tido ... ni lah penangannye kalau tido banyak sangat siang hari .... so pa lagi amik lappy ... buka blog ...
ishhh  semenjak dua menjak nie aku dah kadi gila blog ... .. (gila blog tak pe jangan gila meroyan ) ..tengah duk ber BW ... tetiba jek aku dengan macam ada bunyi kat dapur ... ishhh ... apa pulak tu ...jangan la... aku baru jek pekena nescafe kaw tadi ..kononnye tak kasi mengantuk lah...
nak jenguk ke tak nak ... nak jenguk ke tak nak nie .. alah biar je lah ... kucing kot .... tapi aku mana ada bela kucing ... ishhh tak leh jadi nie ... bunyi tu makin lama makin kuat ... adoiii tolonggg ..

2 minit lepas tu ..

tetiba pulak j aku dengar bunyi orang buat air ..kleng ...kleng ..kleng ... bunyi gelas dan cawan .mulut aku dah kumat kamit dah duk baca doa ... dah mengigil dah kaki tangan rasa . ... tiba tiba .... kuekkkkkkkk pintu bilik bacaan dibuka ....

"makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"..... jerit ku  kuat ......

"tak tido lagi ke? "  

cehhhhhh hampeh ...laki ku rupanye ... ingat hantu ..



Monday, February 14, 2011

Sunday, February 13, 2011

Kadang kadang pepatah "customer alway right" tu tak leh pakai jugak ..salah tetap salah

"Akak saya nak resit yang ada chop .... tapi tak nak tulis apa apa yea..!"

"tak nak tulis apa-apa?"


"yea ..saya nak resit kosong  !"


"Sorry yea dik akak tak jual resit kosong ... akak jual top up jek .. "


"Alah tak boleh ke ? Saya nak claim ngan boss nie .."


"Tak bolehhhhhhh !!  sorry ...ya..u top up RM10 .. akak tulis resit RM10 la


Budak tu pun berlalu pergi dengan muka masam mencuka ... marah mungkin dengan aku ...
mesti dia akan cakap "ceret" la pompuan tu ..
lantak la ko nak kata aku ceret ke cerek ke ...ada aku kesah ? ..aku tak nak dah bersubahat ..dosa tau dosa ..tu dah kira menipu dah tu ....dengan aku sekali dikira bersubahat..letih kan kalau terpaksa layan kerenah customer cam nie ...



p/s - kali nie kena bertegas sikit ngan customer yang suka sangat cilok resit nak claim ngan boss.. walaupun tindakan aku tu nanti akan buat custoemr bengan @ marah ... nanti tak pasal pasal aku dapat dosa kering .. AM I RIGHT ?

TUTORIAL UNTUK DAFTAR HEARTBEAT

dulu kalau aku tengok banner nie :-


aku buat tak tahu jek ...

tapi semalam bila aku bertandang kat blog suhailas rasa tertarik dan di tarik pulak ... DUIT FREE ooo sape tak nak duit free...(tak kesah lah korang nak kata aku mata duitan pun ....janji DUIT). so aku pun godek la .. klik sana klik sini ... then finish ... Sah sah sekarang aku pun terpengaruh dengan heartbeat. Tambah tambah pulak bila tengok tutorial mama zafran ..yang income dia dah mengunung tu lagi la aku teruja ... so kalau korang boleh  join jugak kalau berminat la ... bukan kena bayar pun free ...free ..free  FREE TAU ...MASUK TOILET PUN KENA BAYAR TAU ..

korang kalu nak join leh klik tutorial mama zafran ..aku pun copy paste kat situ jek ..COPY PASTE dengan kebenaran yea...

1. mula mula korang klik banner heartbeat nie




2. Klik Icon Hearbeat seperti yang me bulatkan tu






3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan



4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik
continue


5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas


6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan




8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat




10. Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)



11. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)




TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG



1. Pi Kat Design


2. Klik Add A Gadget 





3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan
4. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...




tadaaaaaaa...dah siap ..senang kan ...
nanti jangan lupa clik eyna azmi punya heatbeat tau ... u klik eyna ...eyna klik u ... sape yang dah klik tu nanti bagi link kat comment ya ..eyna datang clik korang nanti ..

p/s -kalau 100 org click ur HB banner everyday, dh dpt RM4, kalau sebln ---RM4 X 30 days =RM120 ...banyak tu leh wat beli jajang..


selamat berheatbeat semua !
SHARING IS CARING...