Sunday, January 16, 2011

RINDU

Masa duk kemas kemas barang last week kat umah ..terjumpa kotak lama ..macam macam ada dalam tu ... salah satunye kad nie ... mmmm rindunye .... 
rindu nak jumpa doktor..
rindu nak jumpa nurse ..
bila agaknye aku boleh guna kad nie semula ..
dah lama rasanye menunggu ..!!! huk huk ..sedihnye rasa ...




Salam Sayang

eyna azmi

LAPAN PEMBOHONGAN MAK SAYA

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak perempuan dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat meno..laknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

dan bagi yang telah tiada IBU sedekahkanlah Al-fatihah ... semoga roh arwah tenang di sana AMIN  

my  lovely mum
P/S -Nota ini saya copy dari facebook kawan saya  ... syukur alhamdulillah saya masih ada mak tempat untuk saya bermanja ..... hargailah mak anda semua ... sebelum mak meniggalkan kita ..


Salam Sayang

eyna azmi

Friday, January 14, 2011

rokok VS gula gula

hi reader ..
kisah nie berlaku beberapa hari lalu .... kisah si anak dengan si ayah ...

one upon a time di sebuah kedai serbanika .. datang lah seorang ayah dan anak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ...

Ayah : dik bagi rokok DUNHILL satu ...

Penjual menghulurkan si Ayah sebungkus rokok ... Si ayah mengeluarkan note RM50.00. setelah baki duit     diambil ...si ayah melangkah keluar dari kedai ..

si anak kecil tadi pula mula menangis meminta si ayah membelikan gula gula yang berharga dalam RM 1.00 

Jawapan si ayah :

"tak boleh .. makan gula gula nanti rosak gigi. Jom kita balik jangan nak mengada ngada .."

Kebetulan seorang pakcik melihat kejadian tersebut ...lalu mengambil gula gula tersebut dan menghulurkan pada kanak kanak tersebut.

si Ayah tadi :
"dah ambik tu pakcik tu dah bagi ...cakap trima kasih kat pakcik."


moralnye aku nak cakap kat sini:-
- rokok RM 10 boleh beli ... tapi RM 1 untuk anak tak boleh .. ni katogeri kedekut ke apa nie? yang kelakarnye ..tadi baru je dia cakap ..makan gula gula tak elok ...tapi bila pakcik tu bagi ambik jek ... huhuhu



ini lah realitu kehidupan ...


salam sayang,

eyna azmi

Thursday, January 13, 2011

nota 8/3/2003

Tengah duk kemas kotak kotak lama terjumpa nota nie ... from my lovely hubby ..masa first time jumpa dia dulu .... 8/3/2003..huhuhu sungguh touching ..


salam sayang
eyna azmi

memori KG ATTAP

hi reader ,
semalam pergi kg attap 
teringat memori memori lama 
- makan kedai mamat
- makan bawah jambatan
- pergi UO (selalu  masuk lambat opis..huhu)
- tido kat surau YPEIM & surau bawah LHDN tu 
- teringat kat member member lama


rindu dengan Cik Puteh  ... satu satunye opismate perempuan ...


rindu nak bergaduh ngan Abang Din
rindu nak dengar Abang Mie membebel

- rindu ngan GABRIEL
- rindu nak gaduh ngan LOUIE ..( cam hampeh jek louie tu )
-dan yang pasti rindu ngan MR LEE ..hahahahaha (tak de maknenya..)


p/s - teringat dulu pagi pagi MR LEE mesti panggi ENA lai lai lai ... (suruh aku type surat...padahal kerja aku buat akaun ... hampeh tol ..)

tapi sekarang ..semua tu dah jadi memori KG ATTAP ...ada suka ..ada duka ... sekarang aku dgn dunia aku sendiri ...running my own business...

selamat tinggal LEE WAH & PARTNERS



Salam Sayang,

eyna azmi

Restoran Cili Merah

hari nie betol betol maratton punye .... Pukul 9.30 pagi keluar dari rumah pergi  LHDN - Kg Attap ... nasib baik jalan tak lah jem sangat ... sampai sana terus call mek nik ... my freind masa kat UiTM machang  dulu ...sebenarnye masa kat UiTM dulu kali tak lah kenal rapat sangat ...sembang pun jarang kot ..cuma hai hai cam tu jek ..tapi tak sangka dia memang best..baik hati ... tak macam sesetengah orang bila dah berpangkat sikit mula la lupa diri ..siapa tu??? .Mc nik memang bagus ..walaupun dia tak berapa kenal aku sangat tapi dia layan aku macam kawan lama dia ...(hahaha betol kata uchu  jual nama UITM machang dulu mesti dia kenal) .layanan memang first class ..Senang kerja aku ..tak payah nak menunggu lama .. Settle kerja kat LHDN ..terus balik rumah ... memandangkan mek nik puasa tak dapat la aku lunch ngan dia ... so memandangkan perut aku dah lapar ... nak masak pun tak berapa nak rajin ... aku call Uchu ... nak hantar telefon yang dia order hari tu ... dan akhirnye .... dapatlah aku merasa masakan kat Restoran Cili Merah nie ... Wahhhhh berbaloi aku drive pergi Shah Alam ... memang sedap weh ... kalu dekat ngan rumah aku memang hari hari aku makan situ jek ... hahahaha ko rano uchu?

 
ni lah restoran nye ... Restoren Cili Merah .belakang Concord Hotel Seksyen 9 Shah Alam.

ni lah nasi yang aku makan tadi ...yummy ...lain kali nak datang lagi lah ..

pilihan lauk kat sini pun banyak ...tak tahu aku nak pilih yang mana satu ... lain kali kalu aku datang shah alam mesti aku datang makan lagi kat sini..berbaloi ....

Lepas jek memenuhkan "tong" kat Restoran Cili Merah ... pergi lepak pulak kat opis Uchu ... Mentang mentang lah bos dia tak de ...hahahaha.. best weh dapat bos macam bos si uchu nie ..selalu tak de kat opis ... bila bos tak de kat opis ..apa lagi ......layan FB la weh ... betol tak uchu ..hahaha..

sebelum balik sempat bergambar ngan uchu ..nak upload dalam blog ... huhu.. credit to opis mate uchu (sabrina) sebab tolong snap gambar kami 

p/s - credit to mohd zainni (jeny) jugak sebab jadi GPS aku ari nie ...huhuhu nasib baik senang cari


salam sayang,

Eyna azmi

Wednesday, January 12, 2011

tolong ingatkan aku

tolong ingatkan aku ...hari nie kena pergi LHDN.. ada kerja yang perlu dibereskan ...alahai malasnye nak bangun pagi  ....
bangun jek dari tido ..perkara pertama yang aku buat update blog ...update facebook ., check email ... tak ngantuk pulak ... heran betol .... ! 
ok ..nanti sambung petang nanti ...kalau lambat takut susah parking kat Kg Attap tu ..
KG ATTAP ... tempat yang penuh memori ...kenapa?????? tunggu entry seterusnye ... 


salam sayang,
eyna azmi

Tuesday, January 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY MAS


hari ni birthday BFF aku ..Mas ...sebenarnye aku dah daftar kat pangilan hangit HOT FM .,, tapi mungkin sebab daftar dah lambat ..so plan tak menjadi ..hampeh betol... kalau tak mesti seronok dapat tgk orang tu kena pangilan hangit  pagi pagi buta..


untuk cik MAS kita tu ... HAPPY BIRTHDAY ...semoga panjang umur dan murah rezeki ..AMIN .

        mas & kek birthday ....tu kek masa birthday aku lorr ... saja jek nak enterpremmmm



Salam sayang,
eyna azmi

Sunday, January 9, 2011

AJL 2010

Faizal Tahir kalah !!!! .... mmmmmmm dah rezeki Ana Rafali  ... terima je lah ... apa yang best nye Ana Rafali tu ya ... ramai yang tak suka kemenangan dia .... tapi ramai juga yang suka ..apa apa pun Tahniah untuk ANA Rafali ... aku tak minat dia ..sebab aku jarang dengar lagu -lagu dia ..ni lah orang panggil "tak kenal maka tak cinta ... " nampaknye lepas ni kena cari CD dia ..

Apa apa pun persembahan kak ziana memang meletoppppp...aku suka Ziana Zain ..persembahan dia memang terbaik dari ladang ...

Saturday, January 8, 2011

STUDENT PUN DIAORANG NAK KENCING KE?

hi reader ...
Semalam my lovely adik yang duk kat dungun telefon aku ... marah marah ... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kenapa dia marah-marah?
.
.
.
.
marah kat eyna azmi ke ?
.
.
.
.
OHHHH BUKANNNNNNNNNNNNNN...
.
.
















Dia marah kat jiran dia .... MLMer ... hahahaha.. apa lah diaorang nie student pun dia nak kencing ..... tak patut tak patut ... Actually adik aku nie student lagi kat UiTM dungun... nak dijadikan cerita sedang syok syok duk tido ..si jiran nie tadi ketuk pintu rumah ..ajak dia & the geng makan meehon kat umah dia ... so apa lagi ...diorang pun dengan hati yang berbunga bunga pergilah umah si jiran nie ..sampai je sana ..."Kita makan dulu pas ni kita cerita cerita " .....cerita cerita? kah kah kah... aku nak tergelak rasa ...rupa rupanye si jiran nie panggil sebab dah stanby dia punya upline ...nak bodek sibudak budak nie join business diaorang .....ish...ish ...ish ..tak patut ...tak patut ..mentang mentang lah si jiran nie tahu duit loan student baru masuk ..dan yang tak sedap didengar sijiran tu cakap ."Belajar tinggi tinggi pun , besok belum tentu dapat kerja bagus, dapat gaji mahal, paling tak pun jadi kerani jek ..... tengok income akak nie lagi empat  lima bulan boleh jadi jutawan .." hey .... sape dia tu ..tukang tilik ke ? rezeki kat tangan Tuhan ... bukan kat tangan si jiran tu kan ...kalau cakap ngan aku cam tu  memang cow cow aku basuh jiran dia tu ....

so kesimpulannye ..aku nak cakap kat sini :-
-diaorang tak tahu ke duit loan tu untuk student guna buat belajar ..bukan buat modal masuk MLM?
-kalau nak jemput orang makan kat umah ...jangan lah ada tujuan lain ... ajak biar ikhlas ... "jom lah dtg rumah ...ada makan makan.".tapi rupa-rupanye nak kempen MLM... tak patut .... tak patut ...
-pada adik aku & the geng tu .. lain kali nak makan mehoon masak sendiri .... tak yah pelahap nak makan rumah orang ...kan dah terkena ....sape suruh korang malas masak ......hahahahahahhahahaaahaaahahha aku tumpang gelak ...PADAN MUKA KORANG ...
-Pada MLMer sana yang nak marah kat aku ... marah la... ada aku kesah? ...Blog aku ..suka hati aku lah !
dan pada MLMer yang nak kempen aku tu  jemputlah ke rumah ... hahahaha



p/s : sumber gambar : from Facebook Anti MLM's wall .

Salam sayang,

eyna azmi