Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak anaknye:
"Jika ayah meninggal kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah nie .Carilah di dalamnya ada harta karun yang ayah simpan untuk kamu"
Spontan anak yang sulung bertanya : bolehkah ayah bagi tahu lokasi yang tepat harta karun tu berada?
si ayah mengeleng geleng kepala .
"bang tak payah lah kita paksa ayah .. Ayah kan tenat tu ... kata anak bongsu
"EH kau nie bukan senang nak bersihkan kawasan seluas tu ..kalau ayah bagitahu kan lebih senang .." Sampuk anak kedua
Tidak lama kemudian si ayah meninggal dunia. ketiga tiga anaknye tanpa berlengah menebas kawasan hutan dan menggali di tempat tempat yang mereka rasa ada harta karun.Setelah beberapa lama menebas , harat yang dicari masih belum di temui
"ah, mana ada harta karun ? Agaknye ayah cakap dalam keadaan buang tebiat kot" ... kata anak sulong
"mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat tu" ... sampuk anak kedua
Mendengar kata kata yang tidak sopan abang abangnya si bongsu berkata ,
" kita kenal ayah . kata katanya selalu benar. Tidak ada sebab ayah nak menipu kita"
Akhirnye si anak sulong dan kedua mula bosan kerana harta yang mereka harapkan tidak di temui .mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke bandar.Mereka kecewa kerana mengharapkan harta karun yang tidak ada itu .Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.
Melihat akan tanah kosong yang telah di terangi itu , timbul idea dalam benak si bongsu untuk bercucuk tanam.Dia mula menanam jagung , kacang , sayursayuran. hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan . Setelah mengumpul banyak modal tanah itu ditanam pula dengan pokok buah buahan
Beberapa waktu kemudian, buah-buahannya menegeluarkan hasil yang agak lumayan. Dia menjadi pengusaha yang maju dan kaya raya.Kini baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam dikawasan hutan dibelakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak berputus asa dalam hidup.Itulah "harta karun" yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.
Pengajaran: Tiada jalan yang pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup.semuanya perlukan usaha dan kesabaran. Jika kita berusaha dengan seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.
Showing posts with label cerita tauladan. Show all posts
Showing posts with label cerita tauladan. Show all posts
Monday, April 18, 2011
cerita tauladan : menggali harta karun
Tuesday, March 29, 2011
adik nak beli masa abah
Pada suatu hari , seorang ayah pulang dari rumah lewat malam. Seperti hari hari sebelumnya, hari tu sangat meletihkan baginya. Tiba saja dia di rumah dia dapati anaknye yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan rumah. sudah lama anak kecil itu menunggunya.
Kenapa belum tidur ?
Sapa si ayah kepada anaknya .Biasanya si anaksudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika bersiap untuk kepejabat setiap pagi
Adik tunggu abah pulang sebab Adik nak tahu berapa gaji abah ?
Kenapa tanya pasal gaji abah nie ? adik nak duit lagi ke ?
Adik nak tahu je Abah.
Ok, adik cuba kira sendiri , Abah bekerja 10 jam setiap hari. dan di bayar RM 200 setiap hari. Setiap bulan abah bekerja 25 hari. Jadi berapa Gaji Abah sebulan?
Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajarnye sementara si ayah masuk kedalam rumah. ketika si ayah ke biliknye untuk menukar pakaian, si anak mengikutinya.
kalau setiap hari abah dibayar RM200 untuk 10 jam , maknanya Abah dibayar RM20 untuk setiap jam la Abah?
Sudah lah adik pergi masuk tidurya ..dah lewat nie ..
namun si anak masih tidak mahu berganjak ..
Abah , adik nak pinjam RM10 boleh tak?
dah malam nie adik , adik nak buat apa duit malam malam macam nie .... pagi esok je lah. sekarang adik pergi tidur
Tapi Abahhhhhh
dahhhhhhhh. Pergi tidur sekarang .
Suara si ayah semakin tinggi. Anak kecil itu menuju ke biliknya. Si ayah kelihatan menyesal dengan tindakannya itu, Tidak lama kemudian dia ke bilik anaknya. Si anak sedang menangis teresak esak sambil memegang duit RM10.Sambil membelai ubun ubun anaknya .si ayah berkata :
Maafkan Abah ya. Kenapa adik nak duit RM10 malam malam macam nie .. Esokkan abah masih boleh bagi. Bukan setakat RM10 lebih dari tu abah boleh bagi. Adik nak beli mainan kan?
Abah, adik bukan nak minta duit, adik nak pinjam. nanti adik kembalikan guna duit adik sendiri.
tapi adik nak buat apa? tanya si ayah
Adik tunggu Abah balik kerja hari nie sejak pukul 8.00 malam lagi. Adik nak main ular dengan Abah. Satu jam je Abah .Mama selalu cakap masa abah sangat berharga. JADI ADIK NAK BELI MASA ABAH.adik pecahkan tabung ayam adik .cuma ada RM10 je. Sebab abah cakap abah di bayar RM20 setiap jam, duit tu masih lagi tak cukup , jadi adik nak pinjam dengan Abah RM 10
Si ayah terdiam. Lidah nya kelu tanpa bicara. Dia terus memeluk anak kecil kesayangan nya itu sambil menangis dan meminta maaf padanya.
Maafkan Abah sayang.Abah telah melakukan kesilapan. Abah telah lupa kenapa abah bekerja keras. Maafkan abah.
kata si ayah dalam esak tangisan . Si anak hanya terdiam tanpa kata dalam pelukan anaknya
sumber : facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)