Pada suatu hari , seorang ayah pulang dari rumah lewat malam. Seperti hari hari sebelumnya, hari tu sangat meletihkan baginya. Tiba saja dia di rumah dia dapati anaknye yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan rumah. sudah lama anak kecil itu menunggunya.
Kenapa belum tidur ?
Sapa si ayah kepada anaknya .Biasanya si anaksudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika bersiap untuk kepejabat setiap pagi
Adik tunggu abah pulang sebab Adik nak tahu berapa gaji abah ?
Kenapa tanya pasal gaji abah nie ? adik nak duit lagi ke ?
Adik nak tahu je Abah.
Ok, adik cuba kira sendiri , Abah bekerja 10 jam setiap hari. dan di bayar RM 200 setiap hari. Setiap bulan abah bekerja 25 hari. Jadi berapa Gaji Abah sebulan?
Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajarnye sementara si ayah masuk kedalam rumah. ketika si ayah ke biliknye untuk menukar pakaian, si anak mengikutinya.
kalau setiap hari abah dibayar RM200 untuk 10 jam , maknanya Abah dibayar RM20 untuk setiap jam la Abah?
Sudah lah adik pergi masuk tidurya ..dah lewat nie ..
namun si anak masih tidak mahu berganjak ..
Abah , adik nak pinjam RM10 boleh tak?
dah malam nie adik , adik nak buat apa duit malam malam macam nie .... pagi esok je lah. sekarang adik pergi tidur
Tapi Abahhhhhh
dahhhhhhhh. Pergi tidur sekarang .
Suara si ayah semakin tinggi. Anak kecil itu menuju ke biliknya. Si ayah kelihatan menyesal dengan tindakannya itu, Tidak lama kemudian dia ke bilik anaknya. Si anak sedang menangis teresak esak sambil memegang duit RM10.Sambil membelai ubun ubun anaknya .si ayah berkata :
Maafkan Abah ya. Kenapa adik nak duit RM10 malam malam macam nie .. Esokkan abah masih boleh bagi. Bukan setakat RM10 lebih dari tu abah boleh bagi. Adik nak beli mainan kan?
Abah, adik bukan nak minta duit, adik nak pinjam. nanti adik kembalikan guna duit adik sendiri.
tapi adik nak buat apa? tanya si ayah
Adik tunggu Abah balik kerja hari nie sejak pukul 8.00 malam lagi. Adik nak main ular dengan Abah. Satu jam je Abah .Mama selalu cakap masa abah sangat berharga. JADI ADIK NAK BELI MASA ABAH.adik pecahkan tabung ayam adik .cuma ada RM10 je. Sebab abah cakap abah di bayar RM20 setiap jam, duit tu masih lagi tak cukup , jadi adik nak pinjam dengan Abah RM 10
Si ayah terdiam. Lidah nya kelu tanpa bicara. Dia terus memeluk anak kecil kesayangan nya itu sambil menangis dan meminta maaf padanya.
Maafkan Abah sayang.Abah telah melakukan kesilapan. Abah telah lupa kenapa abah bekerja keras. Maafkan abah.
kata si ayah dalam esak tangisan . Si anak hanya terdiam tanpa kata dalam pelukan anaknya
sumber : facebook
3 comments:
tu laaa..
kalo fikir, kerja ni x payah laaa yg gaji puluh ribu ka apa... yg pnting msa dgn kuarga... asa cukup makan, cukup pakai. tmpat tggal selesa... cukuplaaa kan. kalo lebih tu advantage la, cuma yg pntg ada masa utk spent tym dgn family
apsal tetiba ade air kat mata aku ni
aku nak gi lap jap air ni
ok da babai
ENTRY HOT : Tak Boleh
hye awok.
awok percaya tak saya nangeh? tacing ooh cte ni. T__T
~sy folow cni, best.
Post a Comment